Terdapat 2 cara penternakan ikan yang lazimnya dipraktikkan oleh penternak ikan, samada secara komersial atau pun hobi;
1. Kolam tanah (earthen pond)
2. Kolam konkrit atau canvas
Kami di Nature Aquatech menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk penternakan ikan secara kolam konkrit atau canvas. Dimana ianya dapat dijalankan dengan kos yang sangat minimum.
Disamping itu juga, kami merupakan penternak dan pengeluar benih ikan, ikan segar serta ikan yang telah diproses.
Penternakan ikan didalam kolam konkrit atau canvas memerlukan system kitaran air yang effektif. Ini dapat dijalankan dengan kaedah 'Recirculating Aquaculture Systems' atau singkatannya RAS.
Dengan mempunyai RAS yang baik, ikan didalam kolam akan hidup dengan lebih sempurna dan yang paling utama sekali system ini dapat mengurangkan kadar kematian ikan dan seterusnya menambah kadar pengeluaran ikan.
Tanggapan masyarakat, terutama di Malaysia, RAS ini adalah satu system yang mahal dan memerlukan kos yang tinggi untuk dijalankan dan seterusnya meningkatkan kos operasi. Ini adalah satu tanggapan yang AMAT SALAH.
Nature Aquatech ada cara penyelesaiannya. Ikuti post yang akan datang dimana kami akan menerangkan dengan lebih mendalam system RAS ini.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Saudara Noor Edham di 019-7137627
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment